Artikel

AirAsia Super App Sedia Ciri ‘Khidmat Beratur’ – Mudahkan Pengguna Restoran Di Bangkok

Bagi memastikan tempoh masa menunggu tidak menjejaskan keinginan pengguna, khususnya di premis makanan – AirAsia Super App kini tampil dengan ciri ‘Perkhidmatan Beratur’ pada segmen makanan buat pengguna restoran di destinasi pelancongan.

Bagi peringkat awal, pengenalan ciri ini kini tersedia di Krung Thep Maha Nakhon iaitu kota raya Bangkok.

Melalui ciri ini para pelancong dan pengguna setempat boleh menempah pesanan makanan lebih awal dari jam 6 petang sehingga 8 malam, mengikut kesesuaian hari yang diinginkan. Kemudahan tersebut tidak sekadar memberi penjimatan masa tetapi turut memudahkan komunikasi antara pengguna bersama penyedia restoran – khususnya buat pelancong asing.

Berdasarkan penggunaan ciri itu, didapati yuran perkhidmatan bermula 300THB

Setakat ini, ciri tersebut dimulakan di Bangkok, Thailand dan dijangka akan diperluaskan pada pasaran luar dalam masa terdekat.