Sekiranya tahun lalu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan pengagihan kadar dividen konvesional di paras 6.10% dan syariah pula 5.65% – dijangka tahun ini kadar dividen buat kumpulan pencarum akan menjadi lebih rendah antara 4.8%-5.1%.
Jangkaan ini akan diketahui pada pengumuman hujung minggu ini, di mana mengikut laporan penganalisis pengurangan kadar dividen dicetuskan akan sentimen pelaburan semasa, di samping aliran simpanan persaraan pencarum telah terjejas ekoran 4 pengeluaran sebelum ini.
Mengikut prestasi kumpulan, bagi tempoh 9 bulan pertama 2022 KWSP berjaya merekod jumlah pendapatan kasar sekitar RM39.31 bilion, sedikit merosot 18% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ini perbandingan jadual pengagihan dividen KWSP sebelum ini;