Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan bajet minggu lalu, pengenalan Cukai Barangan Mewah diumumkan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023, disasar bermula antara Julai hadapan.
Penguatkuasaan cukai ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) akan dilaksana dengan teliti dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, khususnya para pengguna. Setakat ini, pelbagai pemain industri menzahirkan kebimbangan akan pengenaan yang akan diterapkan antaranya melibatkan industri pelancongan dan runcit.
Selain penerapan struktur cukai barangan mewah, langkah menguatkuasakan subsidi petrol bersasar juga masih dalam fasa semakan sebelum dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia.