Susulan terdapat tanggapan bahawa berlakunya ketirisan data pengguna negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini menegaskan data pembayar cukai di bawah MyTax terus terpelihara dan dilindungi.
Kenyataan ini sekaligus menafikan berlakunya kebocoran data pengguna pada sistem LHDN.
LHDN memaklumkan pihak pengurusan mengambil serius berkenaan isu yang berbangkit dan memberi jaminan tahap keselamatan kerahsiaan data pembayar cukai negara akan terus dilindungi.
Untuk sebarang makluman lanjut, orang awam diminta merujuk pada pautan Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-89111100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.