Tenaga Nasional Bhd (TNB) minggu lalu memaklumkan operasi kumpulan kini berjaya merekodkan untung bersih berjumlah RM3.46 bilion, namun diakui ia sedikit menyusut 5.4% berbanding untung tahun 2021 iaitu sekitar RM3.66 bilion.
Sementara berdasarkan hasil sepanjang 2022 pula pada makluman Bursa Malaysia, TNB terus memperlihatkan peningkatan kepada RM50.87 bilion berbanding RM48.12 bilion. Ini disumbangkan jualan elektrik yang meningkat 5.6% iaitu sebanyak RM2.65 bilion.
Meskipun meraih keuntungan, TNB memperincikan perolehan operasi sedikit rendah susulan tekanan kos kewangan dan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi, ini meliputi cukai tambahan dalam bentuk Cukai Makmur berjumlah RM340.8 juta bagi tahun 2022.
Manakala kos operasi juga turut meningkat kepada RM64.61 bilion, melonjak 45.1% disebabkan kos penjanaan yang lebih tinggi dan kerugian bersih pula telah menurun sebanyak RM838.8 juta.