Selepas setahun menampilkan Durioo+ iaitu medium penstriman animasi bertemakan kandungan Muslim, pengendali terdahulu Didi & Friends kini telah berjaya meraih suntikan pelaburan berjumlah $2.85 juta (RM12.5 juta) pada platform melalui penyertaan beberapa syarikat global.
Antaranya meliputi penyertaan pelabur seperti Y Combinator, Uncommon Capital, Gobi Partners, Lynett Capital, New Venture Order (NVO) dan Innate Capital. Tidak hanya itu terdapat juga penyertaan melibatkan pelabur persendirian melibatkan pengasas dan syarikat teknologi seperti Google, Meta dan IQIYI.
Setakat ini, Durioo+ telah berjaya mengeluarkan 20 program asli dan memiliki lebih 22,000 pelanggan berbayar pada paltform. Malah pertumbuhannya selama setahun juga telah berjaya meningkat secara purata 39% bagi secara bulanan untuk tempoh 6 bulan ini. Lebih menarik dalam tempoh tersebut, Durioo+ juga turut meraih hak pelesenan lebih 1,500 episod daripada siri animasi popular seperti Upin & Ipin dan Baby Shark.
Selanjutnya Durioo+ turut menjangkakan akan meneroka pasaran penstriman ke AS, UK, Timur Tengah dan Afrika Utara. Sasaran perluasan ini akan melibatkan penawaran segmen baharu antaranya Durioo Games dan mencapai 100,000 pelanggan berbayar pada tahun 2023 dan 1 juta pelanggan menjelang 2026.