Artikel

Capital A Rugi RM2.48 Bilion

Secara menyeluruh tahun 2022, Capital A telah mencatatkan kerugian bersih pada paras RM2.48 bilion. Angka ini memperlihatkan kerugian kumpulan semakin menurun berbanding data tahun sebelumnya, 2021 yang mencatatkan kerugian sekitar RM2.99 bilion.

Prestasi yang semakin memulih itu telah dicetuskaan hasil permintaan yang positif pada suku keempat 2022 dengan memperlihatkan perolehan kumpulan naik kepada RM6.61 bilion.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia itu, suku keempat Capital A telah meraih untung bersih sejumlah RM256.2 juta dan pertambahan hasil telah berlaku kepada RM2.37 bilion. Prestasi positif ini disumbang 83% daripada segmen penerbangan, 8.0% segmen digital dan lain-lain, 6.0% segmen logistik dan baki 3.0% segmen kejuruteraan.

Capital A juga akui walaupun berdepan tekanan kos bahan api, kumpulan berjaya penuhi permintaan penerbangan pengguna dengan menyaksikan lonjakan 348% kepada RM2.12 bilion untuk suku keempat ini.

Sementera segmen digital melibatkan AirAsia Super App pula terus menyokong permintaan perjalanan pengguna dengan merangsang pertumbuhan kumpulan bersama peningkatan 42% kepada RM137.7 juta bagi suku keempat. Aliran positif ini turut berlaku pada BigPay dengan merekodkan peningkatan hasil 80% kepada RM10 juta pada suku yang sama.