Artikel

Stesen Minyak Tanpa Subsidi Bakal Diperluas Dalam Tempoh 6 Bulan – KPDN

Dalam usaha membanteras isu ketirisan perolehan minyak petrol negara, langkah meluaskan stesen minyak petrol dan diesel tanpa subsidi dijangka akan dilaksana dalam tempoh 6 bulan mendatang.

Usaha itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melibatkan dua stesen minyak di sempadan negara melibatkan di bahagian sebelah timur dan selatan. Setakat ini, terdapat dua stesen minyak di Padang Besar dan Wang Kelian – Perlis telah beroperasi selaku stesen minyak tanpa subsidi, dan ternyata sambutan baik telah diraih meskipun kos jualan bekalan minyak lebih mahal.

Pada langkah itu, terdapat juga usaha untuk menggandakan inisiatif ini di Johor Bahru, susulan dapat memanfaat kemasukan warga Singapura pada lokasi pelancongan tempatan.