Seraya pentadbiran berusaha meningkatkan hasil negara, rakyat juga perlu memainkan peranan mereka – khususnya buat kumpulan pembayar cukai yang masih miliki tunggakan kepada negara.
Mengikut usul Belanjawan 2023 akhir minggu lalu, kerajaan kini bertindak melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 kelak.
Menerusi agenda itu, negara akan memberi pengampuanan penalti 100% ke atas kumpulan pembayar cukai yang tampil dalam tempoh tersebut. Melalui usaha itu, Kementerian Kewangan (MOF) menjangkakan seramai 50,000 pembayar cukai melibatkan taksiran cukai bernilai RM1 bilion akan sertai program pengakuan sukarela tersebut.
Anggaran dan jumlah ini didasari berasaskan pengenalan pemakaian Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) kepada rakyat Malaysia dan pemaustatin tetap bagi yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Pelaksanaan itu diberi secara automatik dan bertindak untuk memperluaskan asas cukai negara. penguatkuasaan TIN ini ia menuntut semua rakyat yang terlibat bagi penyeteman dokumen dan surat cara.
Oleh individu yang terlibat dinasihati untu segera memanfaatkan peluang ini dan mengemaskini status pematuhan cukai masing-masing.