Pharmaniaga ketika ini telah mengumumkan, operasinya kini diklasifikasikan selaku syarikat PN17.
Buat pengetahuan umum, PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah kumpulan syarikat yang memiliki masalah dalam aspek kewangan.
Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad.
Situasi ini berlaku dikaitkan isu kesulitan jualan vaksin COVID-19 melibatkan bekalan Sinovac yang dianggarkan bernilai RM552.3 juta. Berikutan perkara ini, dijangka ia secara langsung turut memberi kesan kepada pemegang saham kawalannya iaitu Boustead Holdings (51.85%), diikuti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang memiliki 59.42% pada Boustead dan 8.62% pada Pharmaniaga.
Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan