Seiring dengan usaha negara memastikan kebajikan pekerja ekonomi gig di Malaysia terus dilindungi sehingga melibatkan usaha jaminan persaraan. Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sidang parlimen memaklumkan kini terdapat langkah ke arah merencana Pelindungan Pekerja Gig oleh pentadbiran negara.
Usaha itu sedang dikaji oleh KSM dalam satu perundangan khusus, di mana ia tidak sekadar tertumpu kepada pekerja gig semata-mata namun pekerja sendiri juga turut akan menerima manfaat yang sama.
Namun, semakan tersebut masih di fasa awal dan antara tumpuan yang ingin digariskan KSM adalah jaminan pendapatan buat pekerja gig, diikuti penyediaan mekanisma medium aduan buat kumpulan ini serta penambah-baikan tahap pelindungan sosial semasa pekerja gig dilaksanakan.
Setakat ini antara pelindungan sosial yang telah digarapkan KSM adalah melalui Perkeso iaitu penawaran Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS). Bagi tempoh 12 bulan 2022 didapati 374,906 pekerja bekerja sendiri telah menyertai skim ini. Jumlah itu merangkumi 3,107 daripadanya rakan penghantar dan 59,799 pula terdiri daripada rakan pemandu.
KSM pada Parlimen turut akui terdapat pelbagai kelompongan pada pasaran ekonomi gig ketika ini, antaranya
- Tiada sebarang dasar khusus untuk lindungi kebajikan pekerja gig
- Kumpulan ini tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak bab 76
- Pekerja gig tidak perolehi faedah gaji minimum negara
- Pendapatan gaji pekerja gig tidak konsisten