Artikel

Maybank Untung RM8.23 Bilion – Sepanjang 2022

Maybank, kekal memperlihatkan prestasi kewangan kukuh pada 2022 apabila berjaya mencatatkan keuntungan bersih kukuh kepada RM8.23 bilion berbanding RM8.1 bilion pada tahun lalu.

Berlandaskan perolehan untung pada suku keempat 2022, didapati Maybank kekal meraih untung bersih sekitar RM2.17 bilion sepertimana suku ketiga dan angka itu lebih tinggi berbanding data tempoh yang sama pada tahun 2021.

Tidak hanya prestasi untung semakin melonjak, bahagian hasil 2022 juga turut meningkat kepada RM50.91 bilion berbanding RM45.96 bilion pada tahun sebelumnya. Lonjakan ini susulan perkembangan pengguna secara berterusan dan pertumbuhan pinjaman semakin kukuh dicatatkan pihak perbankan sepanjang 2022.

Meskipun prestasi semakin baik namun Maybank akui kos operasi pada tahun 2022 lebih tinggi dengan rekod RM12.81 bilion berbanding sebelumnya sekitar RM11.52 bilion.