Artikel

Isu Kesesakan Pasport – Jabatan Imigresen Akan Tambah Hari Bekerja, Sedia Peruntukan RM10 Juta

Bagi memastikan isu kesesakan berhubung proses pasport di Malaysia dapat di atasi, Jabatan Imigresen negara kelak akan menambah bilangan hari bekerja perkhidmatan pada hari Sabtu dan Ahad untuk kemudahan awam.

Melalui usaha itu, peruntukan berjumlah RM10 juta telah disediakan bagi tindakan pembayaran lebihan masa bekerja.

Setakat ini didapati sekitar 20 pejabat imigresen berdepan kesesakan proses pasport – antaranya di Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Secara menyeluruh negara sehingga kini telah mengeluarkan hampir 2.5 juta pasport dan 45% daripadanya adalah berpaksi pada permohonan atas talian. Tidak hanya isu kesesakan proses pasport tetapi isu kesesakan di kaunter imigresen juga akan ditambah-baik. Di mana pintu masuk automatik di KLIA yang sebelum ini tersedia untuk pengguna tempatan akan dibuka buat warga asing dari negara berisiko rendah seperti Singapura dan Brunei.