Artikel

Aerodyne Teroka Pasaran Itali, Labur Bersama Pengendali Dron Aiviewgroup

Aerodyne, firma dron dan data transformasi tempatan kini meneroka ke pasaran Itali dan mengumumkan pelaksanaan pelaburan strategik bersama Aiviewgroup – pengendali dron yang berpangkalan di Rome.

Usaha pelaburan strategik ini secara langsung akan memanfaatkan kepakaran teknologi dan ekonomi kedua-dua pihak dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Adanya penglibatan Aerodyne pada pasaran Itali ini akan mengukuhkan kedudukan operasi – dijangka pasaran antarabangsa ini berpotensi berkembang kepada $595 juta menjelang 2026 kelak.

Ini sekaligus memberi kelebihan kepada Aerodyne untuk memajukan teknologi industri dron tempatan. Untuk makluman, sebelum Itali – Aerodyne turut telah meneroka pasaran di Brazil bersama peneraju profesional dron iaitu Grupo DR1, dengan berperanan selaku pengeskport penyelesaian produk kepada pasaran.