Artikel

MEF : Majikan Rugi RM5 Bilion, Kesan Kos Cuti Sakit Pekerja

Tahun 2022, didapati majikan di Malaysia berdepan ketirisan sekitar RM5.05 bilion – susulan kesan para pekerja yang mengambil cuti sakit.

Jumlah kerugian ini mengikut data Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), mengambil kira kos gaji pekerja yang bercuti sakit, kos klinikal pesakit luar dan kos menggantikan pekerja yang bercuti berdasarkan bayaran lebih masa.

Mengikut perincian laporan TheStar itu situasi sedemikian secara langsung memberi kesan kepada produktiviti perkembangan syarikat, di samping aliran kewangan operasi turut terjejas. Maka saranan mengambil tindakan tegas ke atas pekerja yang berkaitan itu dimaklumkan wajar dipertimbang.

Selain saranan tindakan tegas, majikan juga dinasihatkan untuk menggandakan insentif tambahan bagi menggalakkan lagi kehadiran pekerja ke syarikat – ia tidak sekadar faedah kesihatan tetapi pemberian ganjaran pada faedah lain. Majikan juga disarankan laksana perbincangan bersama pekerja, untuk beri kemudahan fleksibiliti agar pekerja tidak rasa terbeban dan majikan dapat mengurangkan berlakunya ketirisan.

Sebagai perbandingan, mengikut data tahun sebelum ini didapati kerugian tahun 2020 dan 2021 telah menurun sekitar 40% hingga 50% – isi susulan ramai pekerja laksana konsep bekerja dari rumah akibat sekatan pandemik COVID-19.