Adalah menjadi tanggungjawab para majikan untuk mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi menyerahkan penyata saraan EA (sektor swasta) dan EC (sektor kerajaan) bagi tahun 2022 – sehingga 28 Februari ini kepada pekerja.
Tindakan ini secara langsung membolehkan para pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kemuka Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada pihak LHDN. Melalui tindakan itu, para majikan boleh merujuk kepada pautan Nota Penerangan E 2022 untuk langkah selanjutnya.
Seperti yang umum sedari, mulai 1 Mac ini perkhidmatan e-Filing untuk pembayar cukai individu dan selain individu pada borang BE, B,M, BT, MT, P, TF, TP dan E telah dibuka untuk tindakan kemuka borang pada tempoh tersebut.
Maka melalui pengumuman itu ini perincian Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2022 untuk rujukan pembayar cukai;