Artikel

B40 Berpotensi Jana Pendapatan RM2,000 Melalui IPR – Kementerian Ekonomi

Malaysia melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah dikongsikan sejak pertengahan Februari lalu, kini meletakkan sasaran seramai 100,000 peserta daripada isi rumah kumpulan B40 dijangka mengambil bahagian di bawah kerjasama kerajaan dan rakan kongsi industri pada tahun ini.

Berdasarkan penawaran usaha meningkatkan pendapatan kumpulan ini, Kementerian Ekonomi (EPU) menyediakan 3 model inisiatif meliputi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Makanan (INSAN) dan Insiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Melalui penyertaan pada 3 model ini, pentadbiran menyasarkan golongan terlibat berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan – bagi membantu mereka keluar daripada paras garis kemiskinan.

Untuk makluman ini perincian serba ringkas penawaran 3 model di bawah IPR:

INTAN -membuka peluang kepada golongan yang berminat untuk menyertai sektor pertanian melibatkan pembangunan hasil tanaman, antaranya seperti cili, halia dan jagung.

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

INSAN – membuka ruang untuk peserta terlibat dalam jualan makanan umum pada harga rendah.

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

IKHSAN – melibatkan penyertaan peserta pada segmen pembersihan, ini secara langsung memenuhi permintaan yang tinggi pada kemudahan penyelenggaraan awam.

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan