Artikel

Belanjawan 2023 : Kerajaan Setuju Tanggung Kos Lesen B2, Teksi, Bas Dan Seru-Pandu

Selain menyediakan kemudahan peruntukan untuk sektor ekonomi, Kerajaan kini turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, diikuti lesen teksi, bas dan perkhidmatan seru-pandu.

Langkah ini adalah sebahagian daripada peruntukan bernilai RM40 bilion yang ditetapkan di bawah Belanjawan 2023 kepada warga perushaaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Selanjutnya kerajaan turut menawarkan kemudahan pinjaman sekitar RM1.7 bilion di bawah kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk kemudahan operasi kepada PMKS dan para penjaja kecil.

Usaha ini turut dikembangkan pada penyediaan RM10 bilion dana pembiayaan oleh BNM, bagi membantu perniagaan kecil mengatasi kesan tekanan kos semasa pada operasi mereka.