Artikel

Belanjawan 2023 : Khazanah, KWSP Akan Labur RM1.5 Bilion Pada Startup Malaysia

Untuk terus memantapkan sektor teknologi digital negara, perniagaan startup dilihat antara pemangkinnya pada pertumbuhan Malaysia. Maka melalui usaha itu, kerajaan memaklumkan Khazanah Nasional dan KWSP akan melabur pada startup tempatan.

Makluman pada Belanjawan 2023 itu menggariskan, KWSP dan Khazanah akan menyalurkan pelaburan berjumlah RM1.5 bilion pada arena startup.

Menerusi usaha ini, secara langsung meningkatkan tumpuan negara pada perkembangan pemodal teroka. Secara keseluruhan, Malaysia menjangkakan tahun ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan membantu negara, mengumpulkan nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion untuk arena startup tempatan.