Artikel

Belanjawan 2023 : KPM Terima Peruntukan Tertinggi RM55.2 Bilion, Turut Sedia Kemudahan OKU

Selain pendidikan tinggi, kerajaan telah bersetuju meningkatkan peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Belanjawan 2023 dengan jumlah RM55.2 bilion. Untuk makluman jumlah ini adalah peruntukan tertinggi disalurkan negara.

Menerusi peruntukan itu, sejumlah RM2.3 bilion telah disediakan untuk tambah-baik infrastruktur dan kemudahan sekolah di seluruh negara. Sebagai perincian, sebanyak RM920 juta untuk naik-taraf infrastruktur di 380 buah sekolah daif. Diikuti RM900 juta untuk tugas penyelenggaraan kemudahan semua jenis sekolah.

Malah kemudahan mesra OKU juga turut akan tersedia pada tindakan tambah-baik ini bersama pembangunan dewan terbuka di sekolah.