Meneliti keperluan pasaran negara, sudah pasti asas pendidikan wajar ditambah-baik demi kepentingan ekonomi. Maka untuk tujuan itu, kerajaan pada Belanjawan 2023 telah mengumumkan peningkatan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan jumlah RM15.3 bilion.
Jumlah ini secara jelas memperlihatkan peningkatan berbanding bajet sebelum ini sekitar RM14.5 bilion.
PM Anwar menjelaskan pada peruntukan tersebut, ia turut mencakupi sejumlah RM436 juta untuk tambah-baik infrastruktur institut IPTA serta dana ini akan digunakan untuk menggantikan peralatan usang di IPTA.
Selain itu, sejumlah RM35 juta turut disediakan bagi meningkatkan kesalinghubungan internet di institut pendidikan tinggi negara, di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).