Ekoran kerancakan teknologi negara semakin membrangsangkan, pentadbiran Malaysia melihat tempoh ketika ini adalah peluang yang baik untuk negara memperkasakan segmen penyelidikan dan pembangunan (R&D) – oleh itu kerajaan pada Belanjawan 2023 telah bersetuju menyediakan dana berjumlah RM428 juta pada R&D di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Ini termasuklah peruntukan melibatkan tambahan RM50 juta untuk KPT pergiatkan R&D berbentuk transiasional untuk memanfaatkan penyelesaian pada isu komuniti dan industri.
Sementara MOSTI pula menerima RM15 juta geran R&D Khusus bagi penghasilan vaksin negara.