Artikel

Belanjawan 2023 : Sektor Kesihatan Terima RM36.3 Bilion, Peruntukan Kedua Terbesar

Selain pendidikan dan PKS, kerajaan melihat sektor kesihatan turut menjadi elemen ekonomi utama pada pembangunan negara. Maka meningkatkan kecekapan itu, sektor kesihatan Malaysia menjadi sektor kedua terbesar menerima peruntukan pada Belanjawan 2023 kali ini – iaitu sebanyak RM36.3 bilion.

Komponen utama peruntukan ini untuk makluman akan melibatkan keperluan perolehan ubat-ubatan, reagent, vaksin dan bahan guna habis termasuk peruntukan RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Sebelum ini, sektor kesihatan menurut pembentangan PM Anwar menerima sekitar RM32.4 bilion, secara langsung menunjukkan peruntukan telah alami peningkatan sekitar RM4 bilion.