Artikel

Belanjawan 2023 : Dana RMT Dinaikkan Kepada RM777 Juta, Seramai 700,000 Murid Raih Manfaat

Sejajar akan matlamat negara untuk memastikan diet pemakanan para pelajar kekal seimbang dan memenuhi nutrisi – Kerajaan pada Belanjawan 2023 mengumumkan akan meningkatkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM777 juta pada tahun ini.

Menerusi usaha itu, secara langsung akan memanfaatkan 700,000 murid negara.

Sebagai tambahan kerajaan juga akan akan menambah peruntukan Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan kepada RM108 juta, ini akan memanfaatkan lebih 240,000 murid prasekolah KPM.