Senada dengan usaha negara untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia, kerajaan pada Belanjawan 2023 kini mengumumkan pihak pentadbiran menjamin akan menoktahkan isu kemiskinan tegar di Malaysia.
Susulan usaha itu, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan dilaksanakan, di mana sejumlah RM750 juta peruntukan akan disediakan kepada Kementerian Ekonomi.
Pada perincian, kerajaan memaklumkan bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekaligus tetapi secara bulanan. Malah akan dipantau sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.
Dimaklumkan aktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan. Program ini menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.