Isu muflis bukan suatu isu yang baharu buat negara, namun untuk menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara bagi suatu tempoh – pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan jaminan tunai mereka tidak disekat.
Susulan itu, Belanjawan 2023 kali ini mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
Sementara menanti langkah pindaan dicapai, kerajaan turut bersetuju untuk melepaskan kumpulan muflis yang memiliki hutang kurang dari RM50,000 dilepaskan serta-merta – mulai 1 Mac ini.
Berdasarkan usaha tersebut, dijangka 130,000 rakyat Malaysia akan dilepaskan status muflis setelah pindaan dicapai.