Memahami tekanan kos semasa terus menghimpit pemain ekonomi Malaysia, pada Belanjawan 2023 – kerajaan kini mengumumkan akan laksana pemotongan cukai ke atas Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).
Di mana bagi 150,000 PMKS pertama dimaklumkan akan alami pengurangan cukai 17% kepada 15%. Pengurangan untuk tahun taksiran 2023 ini secara langsung akan membantu PMKS negara memiliki penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai PMKS.
Usaha ini menurut PM Anwar secara langsung akan memacu negara pada perolehan hasil di bawah LHDN.