Artikel

Belanjawan 2023 : Rokok Elektronik, Vape Akan Dikenakan Duti Eksais

Melalui pengumuman Belanjawan 2023, kerajaan turut memaklumkan akan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan pada rokok elektronik dan vape.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, meskipun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit.
Maka ada baiknya untuk negara mengawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape pada persekitaran Malaysia.

Lebih menarik pada pembentangan yang sama, separuh atau 50% daripada kutipan duti eksais tersebut dimaklumkan akan diperuntukan semula pada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan negara.

Tarikh pengenaan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.