Memahami terdapat pelbagai usul akan pelaksanaan pembaharuan pada sistem persaraan negara, pentadbiran ketika ini memaklumkan sedang perhalusi sistem pencen baharu untuk menampung kadar persaraan yang semakin meningkat.
Berdasarkan makluman bertulis di sidang Parlimen semalam (23 Februari) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan memaklumkan ketika ini negara masih menggunapakai skim pencen sedia ada. Namun menyedari paras tanggungan pesara semakin meningkat setiap tahun – kerajaan ketika ini dalam usaha meneliti keperluan sistem persaraan baharu.
Meskipun tidak diperincikan tempoh semakan yang sedang dijalankan, JPM menyatakan penerapan sistem tersebut akan mengambilkira keperluan pelantikan baharu dalam perkhidmatan awam. Ia secara langsung akan membantu negara menampung beban kewangan kerajaan ke arah lebih mampan.