Setelah berteka-teki akan jumlah peruntukan bagi bajet kali ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada pembentangan sebentar tadi kini mengumumkan jumlah perbelanjaan Belanjawan 2023 adalah RM388.1 bilion
Peruntukan ini secara jelas telah alami perubahan, berbanding nilai usul asal yang ditetapkan sekitar RM372.3 bilion pada 7 Oktober tahun lalu. Ini perincian bajet peruntukan kali ini kepada tatapan umum;
- Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM289.1 bilion
- Perbelanjaan Pembangunan pula RM99 bilion
Sebagai perbandingan, ini peruntukan bajet bagi tahun 2019 sehingga 2023;
- 2019 dengan jumlah bajet RM316.5 bilion
- 2020 dengan jumlah bajet RM299 bilion
- 2021 dengan jumlah bajet RM322.5 bilion
- 2022 dengan jumlah bajet RM332.1 bilion
