Petunjuk keyakinan dalam kalangan peniaga bagi aliran perniagaan di Malaysia, kini meningkat sekitar 3.6% bagi suku pertama 2023. Tahap keyakinan tersebut dilihat alami kenaikan berbanding suku akhir 2022 sekitar 3.2%.
Data Statistik Kecenderungan Perniagaan DOSM ini untuk makluman, adalah jangkaan berhubung prestasi perniagaan di negara dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan mendatang. Susulan kenaikan tahap keyakinan itu, secara langsung mencerminkan aliran ekonomi negara kelak dilandasan yang positif.
Petunjuk keyakinan adalah rujukan jangka pendek yang merumuskan pandangan keseluruhan persekitaran perniagaan dalam pelbagai sektor di Malaysia. Ia merangkumi purata jumlah imbangan bersih bagi pembolehubah terpilih.
Mengikut perincian sektor Perkhidmatan, Perdagangan Borong, Runcit dan Industri kekal meningkat dalam tempoh tersebut. Di mana paras keyakinan Perkhidmatan naik pada 11.4%, diikuti Perdagangan Borong dan Runcit (+0.4%) dan sektor Industri pula naik sekitar 1.1%.
Manakala sektor Pembinaan pula tahap keyakinan masih rendah namun berjaya mengalami peningkatan positif sekitar -18.5% berbanding sebelum ini sekitar -29.2%. Umum perlu sedari, ketika ini sektor Pembinaan berdepan peningkatan kos komponen, yang secara langsung meningkatkan tekanan pembekal.
Seterusnya berhubung jangkaan pengambilan pekerja pula – didapati 19.4% syarikat akan menambah bilangan pekerja mereka, diikuti 69.4% pula meramal akan mengekalkan jumlah pekerja dan 11.2% pula meramal akan mengurangkan jumlah pekerja untuk melaraskan kestabilan operasi.

Secara menyeluruh jangkaan prestasi perniagaan di Malaysia bagi Januari 2023 hingga Jun 2023, data menunjukkan persepsi peniagaan bagi seluruh sektor meningkat positif sekitar 12.1%. Ini membawa kepada pecahan Perkhidmatan diramal naik 26%, diikuti Perdagangan Borong dan Runcit (16.7%), Pembinaan (7.1%) dan Industri (2.4%).
