Sejajar dengan matlamat negara untuk memiliki 5 unicorn tempatan menjelang 2025 kelak, ScaleUp Malaysia bersama Proficeo dengan kerjasama Penjana Kapital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini mengatur langkah menyediakan platform 100 Soonicorns – terbaharu pihaknya kini mengumumkan pemilihan 2 kohort pertama pada platform tersebut yang menampilkan penyertaan seramai 24 pengasas syarikat negara.
Melalui lanjutan ini, ia secara langsung akan membantu para pengasas meluaskan pengetahuan mereka secara bersama melalui perkongsian idea serta penelitian perkembangan startup dari awal hingga ke peringkat Siri A.
Tidak hanya itu, ScaleUp turut melihat konsep platform ini dapat meningkatkan penyertaan startup negara bersama kumpulan unicorn global, pemodal teroka serta pakar dalam pelbagai industri.
Buat pengetahuan umum, terma Soonicorns ini merujuk kepada startup yang berjaya meraih sekurangnya $1 juta daripada firma modal teroka atau pelabur institusi atau telah menjana pendapatan $2 juta bagi tempoh 12 bulan lalu.
Sementara status Unicorn pula adalah startup yang memiliki nilai lebih $1 bilion di pasaran ekonomi.
Mengikut data, didapati lebih 2,500 startup negara ketika ini berpotensi membantu Malaysia, merealisasikan agenda 5 unicorn menjelang tahun 2025 kelak.
Ini senarai 24 syarikat bagi penyertaan 2 kohort pertama;
- Ablr Malaysia
- Accendo Technologies Sdn Bhd
- Asia Mobility Technologies
- BLOOMTHIS Flora
- Briohr Sdn Bhd
- CapBay
- Center of Applied Data Science (CADS)
- Kumpulan Commerce DotAsia Ventures
- Easybook
- EasyParcel
- Govicle
- Kakitangan.com
- Kiddocare
- Microleap
- Naluri Hidup
- Newswav
- Ominent
- Qmed Asia
- RPG Commerce
- TixCarte
- Virtualtech Frontier
- Web Bytes
- Zcova