Artikel

PLUS Kini Tawar Menu Rahmah Serendah RM5 – Di 9 Lokasi R&R Terpilih

Memahami permintaan harga makanan yang lebih rendah semakin meluas, PLUS kini menawarkan inisiatif Menu Rahmah serendah RM5 di beberapa kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) untuk kemudahan para pengguna lebuhraya. Pelaksanaan itu untuk makluman mula dilaksanakan pada hari ini (23 Februari).

Susulan inisiatif tersebut hanya tersedia di sebilangan R&R dan gerai sahaja, masa penawaran Menu Rahmah tersebut turut dihadkan pada dua sesi iaitu yang pertama pada jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang (set tengahari), dan kedua pada jam 7 malam sehingga 9 malam (set malam).

Malah PLUS turut mengingatkan orang awam, penawaran menu tersebut turut tertakluk kepada kapasiti stok makanan gerai R&R. Setakat ini untuk fasa awal, 9 lokasi R&R sahaja menyediakan penawaran Menu Rahmah, ianya adalah;

  • R&R Dengkil (arah Utara, Selatan)
  • R&R Rawang (arah Utara)
  • R&R Seremban (arah Utara)
  • Restoran Jejantas Sungai Buloj (arah Utara, Selatan)
  • R&R Tapah (arah Utara, Selatan)
  • R&R Ulu Bernam (arah Selatan)
  • Hentian Sebelah Nilai (arah Utara, Selatan)
  • Hentian Sebelah Serdang (arah Utara, Selatan)
  • Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah Utara, Selatan)

Berdasarkan jangkaan, matlamat inisiatif Menu Rahmah ini akan diperluaskan di lokasi R&R selanjutnya – secara berperingkat.