Artikel

Axiata Untung RM9.77 Bilion – Prestasi Didorong Hasil Gabungan Celcom-Digi

Axiata, konglomerat telekomunikasi negara kini terus mengukuhkan prestasi kewangannya bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2022, apabila berjaya meraih lonjakan keuntungan kepada RM9.77 bilion.

Angka ini sekaligus lebih tinggi berbanding tempoh sebelumnya dengan keuntungan RM818.90 juta.

Peningkatan ini mengikut laporan telah didorong hasil pendapatan daripada aturan gabungan Celcom-Digi yang memperlihatkan EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) meningkat sekitar 7.8% kepada RM9.60 bilion. Buat pengetahuan umum, aliran perolehan juga meningkat kepada RM21.73 bilion pada maklumannya bersama Bursa Malaysia.

Tidak hanya miliki prestasi kewangan yang kukuh, Axiata juga turut berjaya mencapai penjimatan perbelanjaan modal sekitar RM1.07 bilion. Sementara berhubung prestasi sukuan, Axiata telah mencatatkan untung bersih berjumlah RM9.97 bilion hasil pulangan positif pada penggabungan Celcom-Digi bersama peningkatan pulangan hasil pertukaran asing serta cukai lebih rendah.

Maka untuk mengekalkan momentum sedemikian, Axiata pada operasi tahun ini akan menumpukan pada usaha ketahanan operasi, di samping meraih status syarikat teknologi di pasaran.