Artikel

Tekanan Kos Ternakan : Malaysia Sasar Kurangkan 30% Kebergantungan Sumber Jagung Import

Untuk mengatasi isu kenaikan kos makanan ternakan di negara bagi jangka masa panjang, Malaysia kini meletakkan sasaran pengeluaran sekitar 1.44 juta jagung bijan tempatan menjelang tahun 2032 – menerusi inisiatif penanaman jagung bijan negara yang berkeluasan sehingga 80,000 hektar.

Langkah itu menurut Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (MAFI) akan membantu negara mengurangkan 30% kebergantungan pada sumber import dalam pembekalan negara.

Selain usaha itu, negara juga menyediakan pinjaman RM300 jua bersama penternak ayam melalui Agrobank untuk menampung pemain industri depani tekanan modal di samping mengatasi isu kenaikan kos makanan ternakan ayam pedaging dan ayam penelur ini.

Sementara usaha jangka pendek pula, MAFI turut telah meluluskan sejumlah RM1.69 bilion pada 18,880 permohonan penternak berhubung dana subsidi bagi operasi negara.