Susulan jangkaan hasil negara pada tahun ini membrangsangkan, terdapat potensi peruntukan lebih besar disediakan pada Belanjawan 2023 kali ini, khususnya melibatkan perbelanjaan pengguna dinaikkan.
Mengikut semakan laporan ahli ekonomi CGS-CIMB, jumlah dana itu mengambilkira faktor persekitaran ekonomi negara, disumbang pertumbuhan nominal yang lebih tinggi berbanding pembentangan tahun lalu.
Seperti yang umum sedari, peruntukan besar pada bajet negara telah berlaku sejak 2021 lagi, terbaharu pada usul sebelum ini sebanyak RM372.3 bilion peruntukan dicadangkan. Akan tetapi tidak dapat dipastikan jumlah pada bajet kali ini.
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, didapati akan terdapat perubahan pada bajet namun sebarang pengurangan telah dijamin tidak akan membebankan program pembangunan negara.