Setelah memperkenalkan Pulau Pinang dan Langkawi selaku destinasi hab nomad digital di Malaysia di bawah DE Rantau, hari ini Perbadanan Ekonomi DigitalĀ Malaysia (MDEC) mengumumkan perluasan lokasi ketiga di Kuala Lumpur – Komune Living.
Melalui perluasan ini, ia secara langsung mengukuhkan lagi matlamat negara untuk jadikan Malaysia selaku hab nomad digital pilihan rantau ASEAN. Langkah itu sekaligus bakal memanfaatkan pasaran buruh digital negara, dengan mengalakkan kemasukan pemain industri teknologi seperti pembangun digital, pencipta kandungan dan profesional teknologi maklumat (IT) dari seluruh dunia.
Usaha perluasan ini dilihat selari dengan penawaran Malaysia pada Nomad Digital Warga Asing iaitu menawarkan visa pas kemasukan yang disesuaikan untuk pekerja jarak jauh bagi mempromosikan ekonomi digital negara di bawah program DE Rantau.
Difahamkan pas nomad digital itu akan sah dalam tempoh 12 bulan melalui mengesahan imigresen negara. Para pemohon perlu memiliki kriteria dengan pendapatan tahunan minimum RM100,000 dan bukti dokumentasi kontrak pekerjaan aktif selama 3 bulan bersama syarikat tempatan mahupun asing di Malaysia. Pas ini juga turut membenarkan kemasukan pemohon bersama keluarga dengan penambahan RM500 bagi setiap isi rumah.
Setakat ini difahamkan lebih 700 hab De Rantau dan di KL sahaja terdapat lebih 300 hab telah tersedia di negara dan dijangka akan diperluaskan di Melaka, Ipoh-Perak, Johor Bahru, Kota Kinabalu-Sabah dan Kuching-Sarawak pada tahun ini. Berdasarkan sasaran, Malaysia menjangkakan program ini berupaya membantu hasil ekonomi domestik dengan perolehan sehingga RM4.8 bilion menjelang tahun 2025.