Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pada tahun ini, dijangka Akta Tanggungjawab Fiskal akan dibentangkan negara. Tindakan tersebut akan melibatkan beberapa komponen antaranya had peratusan hutang kerajaan serta tindakan menanggung bayaran khidmat hutang tidak lebihi 15% bajet tahunan pentadbiran.
Perkongsian pada sidang Parlimen itu, menjelaskan sebarang perbelanjaan operasi kerajaan haruslah didasari pada hasil pendapatan negara namun ketika ini terdapat kelonggaran pada perbelanjaan pembangunan.
Maka buat ini had siling hutang negara sedang diteliti sebelum dibentangkan kelak. Seperti yang umum ketahui negara sebelum ini telah menaikkan had siling hutang sebanyak dua kali daripada 55% kepada 60% dan selanjutnya 65%.
Meskipun had siling telah dinaikkan namun kadar hutang kerajaan kepada KDNK adalah sekitar 60.4% dan angka sedemikian berpotensi mengurangkan semula had siling hutang negara.
Menurut Timbalan Menteri Ahmad Maslan, setakat ini sasaran pembentangan akta tersebut masih tidak diketahui namun ia dijadualkan akan dilaksanakan pada tahun ini.