Setiap tahun, bulan Mac pasti akan menjadi bulan yang penting buat para pekerja di Malaysia. Ini kerana, mulai 1 Mac 2023, para pembayar cukai kelak boleh mula mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 anda melalui sistem e-Filing untuk borang E, BE, B, M, BT, MT, TF dan TP.
Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh pembayar cukai berkaitan dengan hanya mengakses pada sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan klik pada segmen tetapan MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Maka melalui pengumuman ini, para pembayar cukai perlu kemukakan borang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini kerana sebarang kelewatan yang berlaku bakal membawa pembayar cukai dengan pengenaan penalti.
Bagi memastikan semua pembayar cukai peka akan kriteria pelepasan pada taksiran terbaharu, ini perincian Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2022 untuk rujukan pembayar cukai;