Artikel

RUU Kawalan Tembakau Mungkin Dikuat Kuasakan Pada 2024

Bagi memastikan langkah larangan jualan rokok ke atas kumpulan yang lahir selepas 2007 direalisasikan negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan aturan tersebut kini telah lalui proses semakan.

Maka pembentangan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dimaklumkan KKM pada sidang Parlimen – akan dilaksana dalam tempoh terdekat, bersama persetujuan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Seperti yang umum sedari sebelum ini RUU tersebut telahpun digubal dan dilakukan bacaan pertama dan kedua pada sidang Parlimen sebelumnya. Bagaimanapun RUU telah dirujuk penelitian semula dan tindakan itu telah tertangguh kesan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.

Maka melalui penyelesaian proses penelitian ini, KKM menjangkakan setelah pembentangan semula RUU dicapai, negara berpotensi melaksanakan ia bermula pada tahun 2024.