Artikel

AirAsia X Untung RM32.98 Bilion – Bagi Tempoh 18 Bulan

Dalam tempoh 18 bulan, AirAsia X kini telah menempa keuntungan bersih sebanyak RM32.98 bilion bagi operasi. Perolehan itu secara langsung memperlihatkan kumpulan berjaya mencatatkan hasil pada jumlah RM878.17 juta.

Makluman kepada Bursa Malaysia ini menunjukkan prestasi AirAsia X mengalami peningkatan dalam beberapa segmen, antaranya pada operasi kargo dan carter dengan lonjakan 68% iaitu RM48.5 juta kepada RM119.4 juta untuk suku terakhir sehingga Disember 2021.

Aliran positif itu, secara langsung telah memaparkan strategi perkembangan kargo berpotensi membuka peluang permintaan yang lebih besar untuk AirAsia X. Mengikut data suku terakhir sehingga Disember 2022 pula, kumpulan telah memaklumkan mencatat keuntungan bersih sejumlah RM153.48 juta, diikuti hasil sebanyak RM339.29 juta bersama kapasiti penumpang 337,638 individu.

Peningkatan yang membrangsangkan ini menurut AirAsia X, didorong hasil permintaan akhir tahun dan pemulihan pada segmen perjalanan udara 2022.

Berbalik kepada prestasi kewangan AirAsia X selama 18 bulan ini, ia berlaku susulan tindakan kumpulan telah mengubah tahun kewangan operasi daripada 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021. Maka tindakan itu membawa kepada tiada maklumat kewangan perbandingan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya buat umum.