Artikel

80% Pelabur Malaysia Akui Sedia Matlamat Kewangan Baru, Susulan Tekanan Inflasi

Isu tekanan kos ketika ini tidak sekadar menghimpit para pengguna negara tetapi secara langsung turut mencetus perubahan sentimen ke atas 80% pelabur tempatan pada pasaran. 

Mengikut tinjauan Standard Chartered pada laporan Jangkaan Kekayaan 2022, terdapat tiga faktor kegusaran utama pelabur tempatan dalam pasaran negara ianya meliputi 40% tekanan inflasi, 28% ketidaktentuan ekonomi global dan 23% risiko kemelesetan ekonomi. 

Tidak hanya pelabur tempatan, peringkat global juga turut berdepan isu yang sama. Berdasarkan dapatan didapati 61% pelabur global bertindak untuk mengurangkan pegangan tunai mereka, berbanding 53% pelabur tempatan sebagai langkah pelabur tangani tekanan inflasi. 

Susulan situasi semasa, SC menjangkakan peruntukan tunai global akan jatuh daripada 26% (2022) kepada 15% bagi tahun ini. Buat pengetahuan umum, tinjauan SC ini meliputi lebih 15,000 maklum-balas pelabur di 14 pasaran, termasuklah di Malaysia.