Bagi memastikan khidmat pengangkutan di negara terus lestari dan memudahkan orang awam, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini dalam usaha perbincangan memperkenalkan konsep ‘ride sharing’ bersama syarikat seru-pandu berkaitan.
Langkah itu sekaligus akan membenarkan pemandu seru-pandu mengambil lebih daripada seorang penumpang dalam perkhidmatan. Usaha ini secara langsung akan membantu menurunkan kadar tambang buat para pengguna.
Bagaimanapun pertimbangan tersebut masih diperingkat awal dan perinciannya hanya akan dimaklumkan kelak. Selanjutnya MOT pada sidang Parlimen turut menggariskan akan menggandakan perkhidmatan van seru-pandu hasil kerjasama mereka bersama Prasarana dan Kumpool di seluruh negara.
Perancangan itu secara langsung akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam pada lokasi yang memerlukan khidmat pengangkutan awam antara kediaman dan stesen dengan bayaran tambang serendah RM1.
Setakat ini, khidmat van seru-pandu itu adalah usaha projek rintis Prasarana dan ketika ini hanya beroperasi di Wangsa Maju dan Alam Megah-Shah Alam sahaja.