Artikel

Pelaburan Besar Digital Di Malaysia, Bakal Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Rafizi Ramli

Tidak lama lagi, rakyat negara akan memperlihatkan pengumuman berhubung pelaburan besar melibatkan segmen digital di Malaysia.

Perkongsian awal ini menurut Kementerian Ekonomi akan menjadi pencetus kepada negara untuk meningkatkan rangka tindakan ekonomi digital Malaysia. Meskipun tidak memberi sebarang petunjuk nilai pelaburan tersebut, sasaran awal pelaburan ini dapat dikaitkan kerjasama negara bersama pemain industri.

Antaranya MDEC sebelum ini telah menyasarkan sejumlah nilai RM49 bilion pelaburan berkaitan digital berpotensi diluluskan negara menjelang 2025, diikuti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan meletakan sasaran pelaburan sekitar RM70 bilion, sejajar dengan agenda MyDIGITAL negara.

Selain usaha kemasukan pelaburan ini, difahamkan kementerian kelak turut akan menganjurkan hackathon kebangsaan sebagai langkah meningkatkan penyertaan pentadbiran dalam perolehan bakat digital dari semasa ke semasa.