Artikel

Pos Malaysia Rugi RM167.7 Juta, Raih Pendapatan RM1.96 Bilion

Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 secara jelas telah menunjukkan Pos Malaysia berjaya mengurangkan paras kerugian mereka kepada RM167.7 juta berbanding data lalu sekitar RM335.7 juta.

Walaupun memaparkan usaha yang baik dalam tanggungan kerugian, segmen pendapatan kumpulan diperhatikan telah merosot 10.5% kepada RM1.96 bilion. Data sebelum ini memaparkan perolehan operasi adalah sekitar RM2.19 bilion.

Pos Malaysia pada laporan kewangan mengakui, meskipun berdepan cabaran ekonomi dan tekanan kos – operasi kurier kekal memaparkan kemajuan dan berdaya saing pada tahun 2022. Pihaknya menyasarkan prestasi 2023 akan lebih positif berbanding perolehan 2022.

Setakat suku keempat 2022, didapati paras kerugian berjaya dibaik-pulih sebanyak 20.1% kepada RM98.4 juta manakala pendapatan pula sekitar RM467.2 juta.