Bagi menangani jurang kemahiran yang wujud dalam pasaran buruh negara ketika ini, Kerajaan kelak merancang menyediakan sebuah platform pendidikan untuk menawarkan latihan kemahiran berasaskan industri kepada golongan muda.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli – usaha itu akan melihat kerjasama dengan kementerian berkaitan dengan membangunkan Academy in Factory di bawah TVET.
Medium tersebut dimaklumkan pada sidang Parlimen akan memperlihatkan syarikat berkaitan menawarkan latihan kepada golongan muda, bertepatan dengan kehendak pasaran semasa. Usaha itu secara langsung akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka dan membenarkan golongan muda meraih kemahiran – tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada perolehan ijazah atau sijil, yang dilihat mengambil masa lebih lama.
Rancangan tersebut dilihat selari dengan isu yang berbangkit ketika ini. Ia kerana permintaan yang rendah dalam kalangan golongan muda adalah disebabkan spektrum kerja yang tidak sesuai di sulami kekurangan kemahiran – secara langsung telah menyekat perluasan peluang ekonomi tersebut.
Berdasarkan matlamat, Kementerian Ekonomi meletakkan sasaran Academy in Factory akan dapat melatih sekitar 100,000 golongan muda pada tahun ini.