Artikel

AEON Big Sedia Inisiatif Rahmah, Jual Harga Barang Keperluan Sehingga 30% Lebih Rendah

Memahami kesukaran rakyat negara yang kini berdepan tekanan kos sara hidup, AEON Big Malaysia mula menawarkan inisiatif Rahmah buat seluruh pengguna. Ia tidak sekadar hadir dengan penawaran Menu Rahmah iaitu harga makanan serendah RM5 dan ke bawah, tetapi AEON Big turut tampil dengan Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah dengan 100 produk barangan terpilih dijual pada kadar lebih rendah.

Apa yang menarik, Jualan Rahmah itu akan memperlihatkan jualan harga barangan sehingga 30% lebih rendah kepada pengguna. Antara barangan terlibat adalah seperti beras, minyak masak, keperluan asas, barang mandian, barangan terpilih bayi dan makanan proses.

Sementara Pakej Rahmah pula akan menawarkan pakej barangan keperluan harian untuk pelanggan bernilai RM50 yang akan dijual di seluruh cawangan AEON Big negara. Usaha ini secara langsung akan membawa kepada penjimatan buat pengguna dan memberi kelebihan kepada mereka untuk berbelanja pada keperluan lain.

Seterusnya penawaran Bakul Rahmah pula akan memperlihatkan sumbangan bantuan kepada keluarga kumpulan B40 dan miskin di 6 negeri terpilih. Iaitu Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Adanya usaha ini AEON Big melihat dapat meningkatkan kembali kuasa beli pengguna, dan melestarikan perbelanjaan rakyat dengan pilihan harga yang lebih rendah dalam pasaran ekonomi negara.