Artikel

Hampir 3 Juta Penduduk Malaysia Selesa Bekerja Sendiri – DOSM

Tatkala jumlah penduduk bekerja di negara semakin kepada 15.94 juta individu, diperhatikan peningkatan ketara juga berlaku pada kategori pekerjaan sendiri iaitu sekitar 2.88 juta iaitu merangkumi 18.1% daripada jumlah keseluruhan pasaran buruh,

Di mana jumlah pekerjaaan yang dikategori sebagai ‘own account workers’ ini meliputi peningkatan segmen ekonomi dalam kalangan peniaga kecil, penjaja, pekerja ekonomi gig, pekebun kecil dan pengendali gerai makanan. Sebelum ini, setakat 2020 jumlah kategori pekerjaan adalah sekitar 2.81 juta sahaja.

Situasi secara langsung menunjukkan peningkatan kategori ekonomi ini tidak sejajar dengan penawaran pekerjaan semasa. Malah data semasa turut menjelaskan masih ramai belia di negara yang menganggur, walaupun kadar pengangguran secara menyeluruh telah menurun kepada 3.6%.

Buat pengetahuan umum setakat ini, pengangguran kalangan belia adalah sekitar 11.8%. Ia lebih tinggi berbanding kadar sebelum tempoh pandemik COVID-19.

Berbalik kepada kategori peningkatan pekerjaan, ini perincian mengikut Sorotan Pasaran Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM);

  • Pekerja bergaji di sektor awam dan swasta – 75.3% iaitu 12.0 juta orang
  • Pekerja bekerja sendiri – 18.1% iaitu 2.88 juta orang
  • Majikan – 3.6% iaitu 571,700 orang
  • Pekerja keluarga tanpa gaji – 3.1% iaitu 489,800 orang