Artikel

OPR Mungkin Kekal 2.75% – Dijangka Naik Mulai Mei Ini

Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) di takuk 2.75% pada 19 Januari lalu, dijangka angka tersebut berpotensi dinaikkan 25 mata asas (bps) kepada 3.00% menjelang Mei kelak.

Ini bermakna, pengumuman paras OPR pada Mac hadapan, dijangka akan kekal di paras 2.75%.

Menurut pengamatan ekonomi Bloomberg ini, sekiranya pelarasan 3.00% itu telah dilaksanakan maka disasar ia akan dikekalkan sehingga akhir tahun 2023 dan Malaysia bakal alami penurunan semula OPR hanya pada suku pertama 2024 dan dijangka kembali meningkat pada suku keempat 2024 atau awal 2025.

Manakala ramalan inflasi pula diletakkan paras 3% pada tahun ini dan 2.3% pada tahun 2024. Diikuti pertumbuhan ekonomi negara pula kekal paras 4% dan akan alami peningkatan kepada 4.6% menjelang 2024.

Aliran ini menurut penganalisis adalah berpaksikan kepada konsep ekonomi terbuka negara yang berdepan kesan akan kelembapan ekonomi global. Walaupun permintaan luar akan lebih perlahan, namun permintaan domestik negara kekal berdaya saing. Ini menjadi faktor kestabilan ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2023.