Artikel

Permintaan Kereta Melonjak Pada 2023, Dijangka Terjual Lebih 700,000 Unit

Tahun ini, sektor automotif negara dijangka akan terus memaparkan permintaan yang positif – lebihi 700,000 unit kenderaan terjual. Menurut pengamatan RHB Investment Bank, pengukuhan ini bakal didorong hasil sasaran ketiadaan duti eksais dan kenaikan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada pasaran negara.

Ia sekaligus akan merancakkan permintaan unit kereta dalam kalangan pengguna. Untuk jenama Perodua sahaja didapati sekitar 220,000 tempahan masih belum dipenuhi dan dijangka jumlah tempahan akan meningkat ekoran penampilan model Axia baharu.

Susulan dinamik itu, Perodua meramalkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2023 dijangka akan mencapai jualan 705,000 unit, sementara Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pula menganggarkan TIV 2023 negara dalam lingkungan 650,000 unit terjual.

Melihat pada kerancakkan ini, sememangnya ia suatu yang positif buat sektor automotif negara. Akan tetapi penambahan unit kenderaan ini dijangka akan meningkatkan lagi kesesakan di trafik negara. Untuk makluman setakat Jun 2022 – didapati sebanyak 33.3 juta kenderaan telah berdaftar di seluruh negara, ia secara langsung membawa cerminan jumlah kenderaan di negara melebihi populasi rakyat.

Mengikut jumlah kenderaan yang didaftar itu, ini perincian jenis pengangkutan yang terdapat di Malaysia;

  • 47.3% kereta
  • 46.6% motosikal
  • 4.7% kenderaan perdagangan/syarikat
  • 1.4% bas, teksi dan kereta sewa